Tuesday, December 31, 2013

Kehidupan

Kadang kata didusta
Kadang tegar memaksa
Untuk memilik apa saja
Sanggup pelaku sedemikian rupa

Alangkan ini dunia
Semua orang tahu meneka
Namun tak siapa mampu menduga
Apa agaknya yang tersirat  di balik lensa

Cuba temui apa di sebaliknya
Kerana apa yang berlaku tetap berlaku jua
Cuma beringat yang hidup tidak selalunya sempurna
Berwaspada dan bersedia itu yang sebaiknya.


Mood: Banyak ceritera berlaku di 2013. Terima kasih kepada semua yang memberi pengajaran dan pengalaman di 2013. Sampai trauma juga antaranya :p Semoga 2014 muncul dengan dipenuhi bahagia dan kebaikan. Amin~


Sumber Pic: Google Image


Sunday, December 29, 2013

Untuk Kau, Kot

Boleh tak terus terang?
Cuba kau buka ruang
Agaknya hati kau tak terang
Takkan benda macam itu pun aku kena karang

Boleh tak lebih jelas?
Cuba bagi masa untuk kau galas
Agaknya kau ni malas
Tak fahamkah aku sudah penat kipas

Kau memang macam ini
Kadang-kadang aku fikir kau buta
Kadang-kadang aku fikir kau tak bijak
Maafkan aku sebab fikir kau yang bukan-bukan
Tapi, memang padan pun la kan.


Mood: Dah setahun rupanya! Haa cuba teka apa dia? Hehe.



Sumber pic: Google Image

Saturday, December 28, 2013

Tamat Kisah Kita

Aku
Adakala kelu
Adakala bisu
Adakala beku
Namun aku tahu

Kau
Adakala bagai mengerti
Adakala bagai memahami
Adakala bagai mengetahui
Namun kau menyakiti

Aku tahu kau tak tahu
Sebab apa aku kata begitu?
Kerana aku keliru
Sebab kau macam menunjukkan jemu

Kau tahu?
Aku penat dilayan begitu
Macam tak pernah menghargai aku
Ingat aku babu?

Kau tahu?
Aku rasa sudahlah begitu
Kau bukannya pernah kisah aku
Kau, aku, baik bawa cara sendiri dulu.

Mood: Aku hanya memilih yang terbaik. Terlampau memilihkah aku? Kadang-kadang sangsi pada perasaan sendiri. Betulkah ini?
*oh apa yang aku tulis ini secara tak langsung keluar dari kotak fikiran.tak semua aku tulis adalah apa yang aku alami* ;)

Sumber pic:Google Image



Thursday, December 26, 2013

Gangguan

 Allahuakhbar! Sebenarnya, aku banyak kali dah diperingatkan oleh kawan aku tentang gangguan-gangguan yang boleh berlaku dekat diri kami. Biasalah kan, bila dah dok berdua, ada macam-macam cerita la yang keluar. Antaranya, kami yang masih single padahal umur dah makin meningkat. Benar, jodoh, ajal, maut semuanya ketentuan Allah S.W.T. Tapi kita sebagai hambaNya kena juga berusaha. Tak boleh berharap ia datang begitu saja. Cerita punya cerita, kawan aku 'recommend' dengar ayat-ayat Ruqyah, sebagai usaha untuk mengelak daripada gangguan-gangguan yang tidak kita ketahui. Sungguh, aku seringkali alpa sebab berpendapat yang mungkin apa yang terjadi ni adalah ketentuannya.

Tapi, kadangkala aku bermimpi sesuatu yang aku rasa aneh, aku akan cerita pada kawan aku ni, dan dia berpendapat aku patut ikhtiar cara macam ni. Again, hati aku macam berat. Tapi hari ni, aku terjumpa blog seorang ilmuwan yang menceritakan tentang gangguan-gangguan sedemikian yang mana tanda-tanda adalah seperti berikut:

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:

- fikiran selalu runsing
- sakit-sakit di belakang bahagian bawah
- badan lesu, selalu letih
- sakit perut selalu
- sakit kulit
- rasa ada seseorang tidur di sebelah
- terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
- suka menyendiri, pendiam
- selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
- selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
- orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
- orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
- selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
- selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
- imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
- bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
- selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / - kena bunuh / mimpi kawen
- selalu kena period pain
- ada migrain yg kronik
- sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
- halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
- selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

Ustaz, ana 'share' sikit ilmu dari blog anta kat sini ye. Mohon dihalalkan.
*kredit ilmu-ilmu ini kepada blog Ilmuwan Shattirs 

Bukan semua tanda-tanda ni terjadi kat diri aku, cuma ada satu tanda ni yang sangat 'obvious' jadi pada diri aku yang mana aku sendiri ragu-ragu pasai apa benda ni jadi (sebelum aku dapat ilmu tanda-tanda dari blog ustaz). Antara cara mengatasi yang disyorkan adalah dengan mendengarkan ayat-ayat Ruqyah. In-sha-Allah aku akan cuba amalkan.

Wallahu'alam.


Sedarlah!

Bila bicara tentang dia
Selalu kau tersenyum bermakna
Tertawa pabila ada yang bertanya
Kau tahu apa maksudnya?

Bila cerita tentang dia
Selalu kau ingin luah semuanya
Terasa bagai bahagianya berdua
Kau tahu apa maksudnya?

Maksudnya kau suka bila menyebut dia
Maknanya kau senang bila bercerita tentang dia
Tapi kau lupa pada satu benda
Dia sudah ada yang punya.


Mood: Tak faham dengan orang yang asyik mendengki dengan orang lain. Banyak sungguh idea & cara nak buat orang terseksa. Tolonglah! Nak berjaya, kalau dengan cara yang salah, tak kan ke mana. Bila tengok orang berjaya, patut jadikan semangat, bukan fikir macam mana nak jatuhkan orang tu! Orang macam ni hati dia sakit sebenarnya.


Sumber pic: Google Image


Tuesday, December 24, 2013

Indah yang Sebenarnya

Benarkah bagai dikata
Cinta tak selalunya buta
Cinta tak selalunya sengsara
Cinta tak selalunya merana

Kalau benar bagai dikata
Mengapa ramai yang jadi tak tentu hala
Mengapa ramai yang jadi alpa
Mengapa ramai yang jadi terseksa

Sebenarnya benar bagai dikata
Kala cinta membara dan membunga
Segalanya tampak sempurna
Sehingga tertutup mata menjadi buta

Sebenarnya benar bagai dikata
Kala cinta bermaharajalela
Segalanya tampak bahagia
Sehingga apa yang dikata bagai direla

Sebenarnya benar bagai dikata
Kala cinta merah dan menyala
Segalanya tampak indah dan nyata
Sehingga kau akhirnya menjadi dilema

Sudah dikata cinta sahaja tidak kemana
Bila sengketa haruslah ada budi bicara
Jangan biarkan nafsu terus menguasa
Suburkanlah dengan iman, cinta pasti bertakhta.


Mood: Hari ini bekerja dalam 'kesedihan' sebab selsema! Huwaaa~ Terima kasih Allah sebab hari ni terasa lapang hati walaupun keputusan kes yang diharapkan tidak membantu dan sedikit sakit membuatkan aku rasa dosa-dosa kecil sedang diampuni. :)


Sumber pic:Google Image

Monday, December 23, 2013

Walau Apa Kau Rasa

Bila kau lihat dia
Kau rasa dia punya segalanya
Kau rasa dialah yang semampunya
Kau rasa dialah yang kau ada

Bila kau lihat dia
Kau rasa dunia ini kau yang punya
Kau rasa akan dengan dia sampai bila-bila
Kau rasa bagai berterbanganlah sebebasnya

Bila kau lihat dia dan rasa seindahnya
Kau patut fikir diakah yang selayaknya
Kau patut ingat di dunia ini bukan kau dan dia saja
Kau patut sedar jika tiada jodoh kau tak boleh buat apa-apa
Kau patut faham walau usaha sekuat mana, redhalah andai itu tercatat sebagai takdirnya.



Mood: Sakit tekak!! Bersin!! Hari ni pergi court dengan sapu tangan melekap sentiasa. Haha. Oh ya, sambungan cerita semalam, hari ini lebih tenang dan rasa hampir semakin bebas dari dibelenggu perasaan itu. Cewahhh~ 


Sumber pic: Google Image




Sunday, December 22, 2013

Sudah Cuba

Maksud kau
Aku harus jauh?
Tak perlu bertanya lagi?
Terus hilang dari kau?

Maksud kau
Aku perlu pergi?
Tak perlu tunggu lagi?
Terus lenyap dari mimpi?

Maksud kau
Aku harus berhenti?
Tak perlu kejar lagi?
Terus diam dan  bergari?

Sekarang
Aku faham maksud kau itu
Jangan risau
Aku akan jauh
Aku akan pergi
Aku akan berhenti.


Mood: Kadang-kadang rasa putus asa itu datang. Aku tahu aku tak patut. Tapi, sungguh aku lemah. Kini, aku hanya berserah dan pasrah.

Thursday, December 19, 2013

Ada Kau dan Aku

Ada kita pada waktu itu
Rasanya kita berdua tahu
Berkongsi apa jua selalu
Kau aku jadi satu

Ada kita pada ketika itu
Cerita hanya kau dan aku
Kita berdua gembira berlagu
Faham walau diam membisu

Ada kita pada masa itu
Kita sama mencari kalbu
Lalu terbawa perkara yang dulu
Kau dan aku menatap terkelu

Kau dan aku pada saat itu
Akrab bagai isi dan kuku
Kisahnya kita tak siapa tahu
Sehingga kini hanya kita berdua yang mampu


Mood: Kau mengajar aku segalanya, aku kira. Tak pernah menyesal mengenali kau. Kerana kau juga, aku masih bisa menjadi sendiri sekarang. Terima kasih kau! Itu sebab aku sayang kau sampai bila-bila ;)
*ini bukan ayat sinis aku, ini kata-kata lahir dari hati aku*


Next after tulip is dandelion. Kau buat aku melayang bagai dandelion terbang ;) 

Wednesday, December 18, 2013

Hanya PadaMu

Aku tak mampu
Sungguh, aku tak upaya
Aku tak tahu
Sungguh, aku tak bisa

Sesungguhnya aku butuh petunjuk dariMu
Sesungguhnya aku pingin pertolongan dariMu
Sesungguhnya hanya Engkau yang mampu
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu

Bertabahlah hati
Bertenanglah jiwa
Bersabarlah minda
Berdamailah raga


Mood: Hari ini rasa macam sempurna :) Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala!


I don't need roses, just shower me with bunch of these, that was enough. ;)
Sumber pic: Google Image

Tuesday, December 17, 2013

Kau Patut Jangan

Saat dia berkata janji
Kau patut jangan simpan dalam hati

Saat dia berkata sayang
Kau patut jangan terbayang-bayang

Saat dia berkata cinta
Kau patut jangan menjadi buta

Saat dia berkata mampu
Kau patut jangan tertipu

Saat dia mengucapkan segalanya
Kau patut jangan diam dan bertanya

Bukan cuba untuk menghukum dia
Namun lebih untuk kepada kau berwaspada
Kata janji manis manusia memang sentiasa sedia
Cuma buka minda agar kau tak sengsara


Mood: Penat berkali ganda sebab hari ini aku 'conduct' bicara sampai separuh hari. Cumanya, sukarnya mengaku dia teman biasa, mengapalah aku lemah tapi, harus aku terima itu hakikatnya! (olahan lirik lagu Bahagiamu Deritaku ni,hehe)

Sunday, December 15, 2013

Cuba Tanya

Kau rasa?
Kau tahu apa dia rasa?
Kau sangka?
Kau tahu apa dia sangka?

Kau tak tahu sebenarnya
Kau tak mengerti sepatutnya
Kau fikir saja sebenarnya
Kau agak saja sepatutnya

Kau tak akan pernah pada bila-bila pun faham dia
Kau tak akan pernah pada bila-bila pun mengerti dia
Kerana kau tak merasai apa yang dia rasa
Kerana kau tak menyangka apa yang dia sangka
Kerana kau tak berfikir seperti apa yang difikirnya
Kerana kau tak mengagak seperti apa yang diagaknya


Mood: Kadang-kadang kata hati tak selalu menjadi. Kadang-kadang aku percaya dengan kata hati, tapi aku takut kecewa sendiri. Kadang-kadang bila kata hati ditepati, tapi ada yang mendokong dan menyokong, aku tak akan kecewa sendiri. Terima kasih pada bos aku yang selalu menenangkan dan menyebelahi aku (hehe) bila berdepan dengan client yang entah apa-apa melalut mencari. Terima kasih sifu!

Saturday, December 14, 2013

Kuatkah?

Duhai hati
Sabarlah menghadapi
Duhai jiwa
Tenanglah menangani

Hati dan jiwa
Saat resah menusuk dada
Sabarlah dan tenanglah kira
Kerna kalian mampu diduga

Setiap manusia punya cerita ku kira
Cuma bagaimana setiap manusia itu melalui jalan ceritanya
Meski kita nampak dia senang menghadapi, namun di sebalik itu tak siapa pasti
Yang nyata tetap nyata
Bertanyalah pada hati dan jiwa


Mood: Ingatkan dah faham bahasa, rupanya tak faham-faham jua. Tolonglah, aku tak suka, aku tak hendak. Jangan muncul lagi dalam hidup aku. Kau buat aku rasa bersalah sebab berdiam. Faham?



Thursday, December 12, 2013

Terima Kasih Janji

Janji itu
Sampai bila kata perlu terus bermadu
Kalau akhirnya pahit umpama hempedu
Kenapa terus biarkan janji itu

Janji itu
Sampai bila harus perlu menunggu
Kalau asyik dikenang akan terus rindu
Kenapa perlu terus tertipu

Janji itu
Janji yang kau janji dulu
Jangan terus dan terus menipu
Jika kau sendiri tahu yang kau tak mampu


Mood: Terima kasih sebab tolong terjemahkan hati aku walau kau sendiri tak faham aku sedalam-dalamnya. Aku hargai, namun tolonglah jangan salah kenal aku!
*hari ni entry sampai dua kali sebab hati suruh tulis ini ;)

Jawab Aku

Mungkin dia jujur
Mungkin dia tidak jelik
Namun pastikah kau itu yang dia ada?

Mungkin kau suka
Mungkin kau tidak cinta
Namun pastikah kau itu yang kau rasa?

Mungkin itu hanya apa dia ada
Mungkin itu hanya apa kau rasa
Namun pastikah kau dan dia itu semua sempurna?


Mood: Arghhhh, rasa bersalah bila melarikan diri macam ni. Tapi, aku tak boleh bagi orang mengharap dan menanti. Nak menolak, kesian dan simpati. Cuma yang hanya mampu, harap difahami sendiri. Bila aku nampak benda itu tak pasti, mana mungkin aku paksa diri untuk terus menghadapi. Kacau!

Wednesday, December 11, 2013

Dibayang Bayang-Bayang

Entah sampai bila rasa ini harus begini
Entahkan kapan jua ia akan terhenti
Namun dalam setiap detik yang dititi
Ada harapan agar ia berlalu pergi

Pergilah...
Jauhlah...
Hilanglah...

Jangan ia dijelma kembali
Takut mengganggu dan terus mencari
Jangan ia muncul menghampiri
Takut mengharap dan terus menanti


Mood: Tadi baru dapat 'call' dari seorang yang tidak dikenali dan bercerita pasal masalah bekas suami dia kepada aku selama setengah jam. Tak faham dengan kerenah sesetangah manusia yang cuma pandai ambil kesempatan dan menggugut. Sebenarnya, orang itu adalah orang yang tidak yakin pada diri dia sendiri. Takut dengan bayang-bayang sendiri!


Sumber pic: Google Image


Tuesday, December 10, 2013

Sengaja

Mungkin benak rasa kecewa
Rasa seperti telah dilupa
Rasa seperti telah dialpa
Betulkah apa yang benak rasa?

Mungkin nurani rasa sedikit sengsara
Rasa seperti telah diduga
Rasa seperti telah dicoba
Betulkah apa yang nurani rasa?

Kadangkala kita sedikit tersasar merana
Benda yang tiada telah kita ada
Minda menari mencari salah segala
Terlupa bahawa hidup ini tidak sesempurna mana.


Mood: Aku mengantuk gila, mata pun dah tak larat nak buka, padahal ada Pernyataan Saksi yang nak kena buat ni. Seharian tunggu kes untuk bicara, tapi tak jalan jugak pun bicara sebab ada kes lain yang panjang berjela Hujahan Lisan peguamnya. Tangguh pula ke esoknya.


Sumber pic: Google Image


Monday, December 9, 2013

Persoalan Itu

Macam mana?
Takkan nak dibiarkan saja?
Perlukah beritahu segalanya?

Tapi mungkinkah akan diterima?
Bagaimana jika tidak mendapat apa seperti yang dipinta?
Relakah untuk menerima takdirnya?

Jelaslah manusia tetap manusia
Buat apa dipertikai kehendaknya
Tidak mungkin akan diperoleh segala dengan sempurna
Fahami dan yakinlah akan ketentuan dengan redha.

Wednesday, December 4, 2013

Galau Tak Berhenti

Aduh, tolonglah! Jangan sangka orang yang berdiam, kurang bercakap, mampu dipijak kepalanya.

Bila orang cuba untuk jadi yang terbaik, yang disenangi, yang bukan pemarah, haruslah dia dihargai, haruslah dia dihormati.

Bukan itu tiket untuk kau mampu menjadi belati!

*Bila ditanya, itu belum siap, ini tak buat lagi.*

Kalau macam tu, baik aku bekerja sendiri. Sudah tentu-tentu faham kepayahan diri mengharungi tanpa perlu sakit hati.

Mahu saja jadi kuku besi, namun kewarasan mengawal diri. Jangan jadi yang dibenci, namun jadilah yang disayangi.

Kala sendu sendiri kerana tak mampu menunjukkan rasa hati, percayalah bahawa ada yang lebih mengerti dan memahami.

Yakin akan Dia yang sering memerhati!

Tuesday, December 3, 2013

Mimpi Aku

Diserang rasa yang hebat.
Namun masih tak terubat.
Sampai bila rasa hati nak berdebat.
Jenoh mengajar pun masih belum dapat.

Entah sampai bila juga nak mencipta dan mereka impian sendiri.
Impian pun namanya, belum pasti juga lagi.
Kadang-kadang rasa ia pasti dan hampir menjadi.
Namun makin lama masa menganjak belum juga nyata berdiri.

Sudah-sudahlah menganyam yang tampak jauh diperoleh.
Buat sakit hati dan jantung sampai tak tertoleh.
Cubalah untuk menjejak realiti agar sedar dan mampu diboleh.

Monday, December 2, 2013

Degil

Sungguh masalah dengan kata hati sendiri. Tak tau nak difahami macam mana lagi. Degil! Lepas tu merana sendiri. Sampai bila nak fahami hati? Kalau setiap kali itu asyik ditepis berkali-kali.

Ingin jujur dengan hati sendiri. Ingin mencuba mengikut kata hati sendiri. Tapi bila dicuba, kabut bertandang lagi. Sampai bila hendak jadi begini? Kalau setiap kali itu asyik menangis sendiri.

Degil lagi!

Thursday, June 13, 2013

Best Man Ever!

Abah!
Bila sebut ja panggilan tu, terus rasa sebak. Terbayang wajah abah yang sangat jernih. Ya, wajah yang telah dimamah usia juga. Dulu rambut abah banyak, hensem. Kini, rambut abah semakin kurang, jugak hensem. Abah akan tetap hensem sampai bila-bila. :)

Aku sangat bangga ada abah macam abah. Of course, semua orang akan cakap macam tu kan. Aku kagum dengan abah. Sampai sekarang, aku masih kagum yang abah boleh buat semua benda. Semua benda tu maksudnya aku kagum bila abah boleh tukar sendiri lampu bilik yang dah terbakar, aku kagum lagi bila abah mampu panjat tangga dan pasang lampu raya bila nak raya, bertambah kagum bila abah boleh tukar paip kat rumah sendiri, rasa kagum semakin bertambah bila abah boleh tebuk lubang kat dinding untuk gantung frame gambar,aku kagum yang amat bila abah boleh bawa motor, kereta, bas, lori, van (kapal terbang tak boleh la, tapi bukan semua orang mampu bawa semua kenderaan ini kan?). Mungkin ayah/abah/papa/daddy/walid orang lain pun boleh buat, tapi aku tak pernah nampak kan. Aku hanya pernah nampak abah aku ja yang buat semua ni. Jaadi, aku kagum dengan abah aku sorang ja la. Hehe.

Semua orang dalam rumah ni perlukan abah. Sikit-sikit, tanya abah. Sikit-sikit, panggil abah. Sikit-sikit, cari abah. Mama pun kami cari dan panggil tapi mama pun cari abah jugak. :)

Paling aku kagum yang mana tahap kekaguman ini adalah yang teramat kagum ialah kesabaran abah. Abah sangat-sangat sabar (yang mana sikap abah ini diwarisi oleh aku, hehe, tapi tak mampu aku nak melawan tahap kesabaran abah). Sungguh! Aku sendiri hairan macam mana abah mampu sesabar itu. Bukan abah tak pernah naik suara, pernah tapi paling kurang kalau abah marah sangat, abah diam, abah takkan cakap. Percayalah, bila orang marah kita tapi diam dan tak nak cakap dengan kita, lagi terseksa dari orang yang marah kita sambil maki hamun kita. Tapi, itulah abah. Walau macam mana susah pun abah, abah takkan pernah mengeluh dan cerita pada kami. Aku hanya tau abah betul-betul perlukan pertolongan atau pendapat aku bila abah bagi 'hint' saja. Abah takkan cakap secara direct (ini juga aku warisi dari abah tapi 'partially inherit' ja, hehe).

Aku pernah kena marah dengan abah. Ini biasa sebab aku anak sulung. ;) Aku juga pernah buat abah terasa hati (sumpah, aku takkan pernah buat lagi benda ni dan seumur hidup aku menyesal sebab pernah lakukan ini kat abah). Ampunkan kak, abah! Sampai sekarang aku dah berjanji pada diri sendiri jangan sekali-kali pernah nak lukakan hati abah lagi. Sebab bila abah terasa hati, mimik muka abah akan lain. Abah memang takkan pernah luahkan. Takkan pernah! Tapi mimik muka abah tu, mimik muka abah yang terluka sangat mendera perasaan anak abah ini. Untuk buat akus menangis, abah tak perlu marah, cukup abah bersuara saja, abah dah mampu mengalirkan air mata aku. Sungguh! Kalau mama berleter panjang maccam keretapi, kami adik beradik macam tak terkesan. Hehe, sory ma! Tapi bila abah tegur sikit saja, aku dah mampu untuk menangis walaupun kadang-kadang kata-kata abah tak sekeras mana pun. Mungkin sebab abah jarang marah, jadi bila abah bersuara saja, terus macam kena panah petir. ;)

Pengorbanan abah sangat besar. Sangat banyak jasa abah. Terlagi aku kagum bila abah mampu membesarkan anak-anak abah yang seramai 5 orang ni dengan hanya gaji abah sebagai pemandu. Serius, ini aku sangat kagum. Tak pernah kami adik beradik tak dapat makan. Tak pernah abah suruh kami makan nasi dengan garam sebab abah tak ada duit. Bila anak-anak minta duit, tak pernah abah cakap abah tak ada duit. Mesti abah akan hulur juga walau tak sebanyak mana. Aku tau, abah tak mahu kecewakan anak-anak. Dengan gaji abah yang tak sebesar mana, kami mampu tinggal kat rumah yang selesa untuk kami 7 beranak. Abah juga mampu sediakan mama kereta sedangkan abah naik motor saja pi kerja (yang ni sebab abah tak suka jem).

Paling aku ingat pujian abah bila aku pertama kali pakai baju kurung sebagai seragam sekolah, sewaktu sekolah rendah, waktu darjah 4. Bila baju dah siap, aku cuba depan abah, abah cakap,"Cantiknya anak abah pakai baju kurung". :) Sekarang, bila aku balik dari kerja lambat dan bila saja aku jejak kaki ke dalam rumah, abah akan cakap, "Tudia, lawyer balik dah, lawyer balik dah". Aku tau abah saja nak mengusik, tapi dalam pada tu, aku juga tau abah rasa bangga bila dapat sebut yang anak dia ni lawyer! :) Aku hanya senyum tapi bila masuk dalam bilik, aku sengih. Sengih sebab aku dapat buat abah bangga. Tapi, belum cukup hanya setakat jadi lawyer dapat bayar jasa abah, abah! Jasa abah sangat  besar dan sangat banyak untuk kak balas. Dan mungkin takkan terbalas sehingga akhir hayat kak. Kalau abah nak tau, bila abah senyum, anak abah ni sangat gembira sebab dapat buat abah senyum. :)

Dan paling aku tau, abah sangat sayang dengan anak kembar abah yang dua orang tu. Mungkin sebab dulu abah mengharapkan anak lelaki setelah dapat 3 anak perempuan. Akhirnya, rezeki abah dan mama dapat juga anak lelaki, kembar pula tu. Abah gembira tapi aku kurang gembira. Sebab? Sebab aku tak dapat main dengan kawan-kawan bila waktu petang sebab kena jaga adik kembar tu. Hehe. Bayangkan kalau aku nak pi main juga, boleh, tapi syarat mama ialah kena bawak kembar sekali. Kalau boleh pi main tapi sambil jaga adik, sangat tak enjoy time tu. Aku hanya berumur 12 tahun masa tu. Jadinya, aku sangat suka bila abah tak kena keluar outstation sebab abah akan bawa kembar ronda naik motor petang-petang dan aku boleh pi main. Hehe. Sampai sekarang, abah tak pernah pukul kembar. Kalau abah marah pun, dan kononnya macam nak pukul bila depa nakal, tu hanyalah acah saja. Aku rasa abah memang tak sampai hati. Padahal aku sendiri pun (anak sulung perempuan abah) pernah kena piat telinga dengan abah. Tapi, anak lelaki, tak pernah kena apa-apa? Ini tidak adil! Hehe.

Apapun, abah, you are my best man ever! Takkan ada siapa-siapa boleh 'celen' abah. Kak takkan pernah mengharap orang lain untuk jadi abah kak, selain abah! :) Selamat Hari Bapa, Abahku!


Ini abah hensem saya! Hehe

Monday, May 20, 2013

Cerita Rasa

Lamanya awak kena tinggal, encik blog. Sebab aku sangat sangat sangat busy. Minggu lepas adalah minggu yang sangat busy. Serabut kepala otak juga penat badan yang teramat sangat. Tak ada 'mood' nak menjenguk awak, encik blog. Oh, by the way, rasanya ini first entry yang lebih kepada karangan hati dan luahan perasaan. ;) Hati juga sedikit serabut. Tapi, serabut hati ada ubatnya. Tapi, iya lah, kita manusia, dan selagi juga bernama manusia, serabut hati ini takkan pernah habis. Kalau tak banyak, sedikit saja.

Baru saja baca entry dari blog sepupu aku, Athilah yang mana dia cerita pasal seorang motivator yang datang ke sekolah dia. Motivator ni aku rasa sangat lain dari yang kita pernah jumpa. Kalau ikut dari gaya penceritaan sepupu aku, motivator ni sangat pelik. Maksud aku, cara dia tarik perhatian budak-budak untuk dengar apa yang dia nak celoteh agak menarik.

Kadang-kadang, untuk menjadi seorang yang istimewa, kita kena jadi lain dari yang lain. Tapi untuk orang yang sememangnya dikurniakan keistimewaan itu, dia memang telah ditakdirkan untuk jadi lain dari yang lain. Tapi tak semua. Sebab itu aku kata kadang-kadang. Kadang-kadang orang itu memang mampu untuk jadi lain dari yang lain dengan usaha dan cara dia yang tersendiri. Dia mampu mencipta apa yang orang lain tak mampu.

Tapi,ada sesetengah orang yang hanya tahu ambil kesempatan. Bukan sesetengah tapi ramai juga manusia yang sebegini. Hanya mencari bila kesusahan dan kesunyian. Pabila tak perlukan lagi, terus dilupakan. Itu sebenarnya masalah dari orang itu.Tak pandai membezakan dan tak tahu menilaikan. Tahu apa itu menghargai? Jadi tolonglah fahami dan aplikasikan erti penghargaan itu.

Wallahu'alam. 


Thursday, April 4, 2013

Biar Betul?

Orang buat apa yang mereka rasa betul. Tapi kita rasa apa yang orang tu buat tak betul. Tapi, betulkah apa yang mereka buat tu betul?

Mereka rasa betul sebab bagi mereka apa yang mereka buat dah dapat selesaikan semua masalah. Mereka rasa mereka sedang cuba memperbetulkan apa yang tidak betul. Bila semua dah betul (itu apa yang mereka rasa), mereka lega. Mereka rasa merdeka.

Tapi bagi kita, apa yang mereka dah buat untuk memperbetulkan masalah mereka itu, sebenarnya telah menjadi masalah kepada kita. Kita rasa mereka telah buang masalah itu pada kita. Kenapa mereka tega begitu? Mereka itu rasa mereka telah betul. Tapi, kita tetap rasa tidak betul.

Lumrah manusia. Apay orang lain buat, kadang-kadang walaupun betul, kita tetap akan nampak benda itu salah. Kita hanya nampak apa yang kita buat saja betul. Walaupun kadang-kadang kita tahu apa yang kita buat itu salah. Tetap saja mahu nampak kita betul. Egokah kita untuk mengaku kita juga pernah buat salah?

'Aku tak pernah ego untuk mengaku aku pernah salah, sekalipun aku akui ianya di dalam hati.'

Mengakui di dalam hati, tidak egokah namanya tu? Ego tetap ego. Walau dicampak dibuang ke mana sekalipun. Tidak ego bila berani mengakui kesalahan secara berdepan. Tapi tidak bermaksud kita kalah. Malah lebih bijak orang yang berani mengakui kesalahannya.

'Mengakui kesalahan sendiri di depan orang? Tidak memperbodohkan diri sendirikah  itu?'

Kenapa mesti rasa begitu? Mengakui kesalahan sendiri di depan orang bukan bermaksud kita bertindak memperbodohkan diri, tapi bermaksud kita sedia belajar dari kesalahan sendiri. Kita mampu berdepan teguran orang. Tak perlu untuk menyinga bila ditegur. Belajar terima hakikat.

Dan, tak salah juga untuk berani memuji benda betul yang orang lakukan. Kadang-kadang kita ego juga hendak memuji. Tak salah dan tak luak apa pun kalau kita berani memuji. Mungkin kita tiada kekuatan untuk menegur kesalahan orang, tapi kita memang mampu memuji kebaikan orang. Suka pada pujian. Itulah manusia. Bersangka baik saja supaya pujian itu mampu menaikkan semangat orang dan supaya dia teruskan perbuatan baik dia itu.

Namun, jika tidak puas hati, dan jika berani, luahkan dan tegurlah. Namun bukan dengan kekerasan. Tegurlah dengan pujukan. Buat apa dipendam. Jika mampu hapuskan, bagus. Namun jika tidak, berdoalah agar hati tidak dirasuk dendam.

Wallahu'alam.

Sumber pic:Google

Monday, April 1, 2013

Dari Dia

Bila mana lidah kelu
Tak mampu berkata-kata
Hanya suara hati yang berbisik
Mengatakan betapa dia cinta

Sampai bila rasa ini harus disembunyikan saja
Takut tidak akan terus bermaharajalela selamanya
Namun berfikir akan kehilangan
Membuatkan dia rela menyimpan segalanya

Jelas terlihat
Seakan kau faham jua akan perasaannya
Seakan kau jua mengerti akan hatinya
Ada ketika seakan kau mahu dia
Ada ketika seakan kau lupa dia

Untuk kau,
Yakinlah dengan kata hati sendiri
Dengarlah apa rasa hatimu
Fahamilah dan mengertilah kehendakmu
Putuskan apa yang terbaik untuk dirimu
Dan juga untuk dia yang menantikanmu.

Dari,
Dia..


Sumber pic:Google


Sunday, March 24, 2013

Berharap Saja?

Semua orang ada harapan. Semua orang ada impian. Harapan dan impian.

Ada orang, bila dia berharap, dia berusaha. Bila dia mengimpikan, dia bersungguh.

Tapi ada orang, hanya cuma mahu dan tunggu harapan dan impian dia tercapai secara magis. Kadang-kadang ia mungkin, namun terkadang dan selalunya ianya tidak pernah mungkin.

"Kalau tak dipecahkan ruyung,mana nak dapat sagu". Cliche kan?

Setakat berharap dan mengharap, takkan cukup.

Masa kecil, ibu bapa selalu cakap, "Kalau awak nak itu, awk kena tolong mama, boleh?"

Masa sekolah, cikgu pula cakap, "Kalau awak nak dapat keputusan yang baik, awak mestilah kena belajar."

Tapi ada pula yang terlebih pandai berbahasa, "Ala cikgu, Ahmad tu tak belajar sangat pun,tapi markah dia tinggi juga."

Adik-adik, nampak tak ayat tersebut, "tak belajar sangat pun". Maksudnya dia belajar juga. Mungkin sebab dia dikurniakan akal yang cerdas, belajar sikit pun dia dah boleh karang berjela-jela dalam kertas jawapan. Peratus untuk orang yang tak belajar langsung tapi berjaya sangatlah sedikit. Ya, mungkin ada. Tapi sedikitlah. Sedikit sangat-sangat.

"Tapi, saya pun karang berjela-jela juga jawapan saya. Markah tetap sikit, tak sama macam Ahmad."

Ya, awak karang panjang berjela-jela, tapi apa benda yang awak karang tu. Memang awak berusaha untuk menulis, tapi kalau semua benda yang awak tuliskan tu tak ada satu pun yang cikgu nampak untuk bagi markah, macam mana markah awak nak tinggi macam markah Ahmad.

Maksudnya di sini, banyak yang kita usaha, banyak juga yang kita dapat, TAPI kalau kes macam adik di atas tu, yang walaupun banyak "usaha" yang dia buat (katanya), tapi usaha tu tak berapa kena.

Semua orang boleh bercakap dia tengah usaha, tapi usaha yang macam mana? Usaha hanya sekadar melepaskan batuk di tangga (macam kes adik di atas) atau usaha yang bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang dia nak (macam Ahmad).

Selagi kita mampu, kita beusahalah. Kita berdirilah atas kaki kita sendiri. Kita jangan mengharapkan sangat orang lain. Ya, memang akan ada orang yang akan tolong kita, tapi sampai bila ada orang akan tolong kita?

Wallahu'alam.


Sumber pic:Google

Thursday, February 28, 2013

Tanya Sama Hati

'Betul ka apa yang aku buat ni? Orang kata tanya sama hati'.

'Tanya sama hati apa asal sayang, adakah tandanya nampak dipandang'.

'Eh, menyanyi pulak dia. Perlu ka aku tanya awak? Bolehkah awak buat keputusan untuk aku?'.

'Perlu. Sangat perlu untuk awak tanya sama aku, sekurang-kurangnya aku  boleh tolong awak.'

'Pernah dengar tak orang kata, ikut hati  mati, ikut rasa binasa?'

'Orang kata, siapa orang yang kata tu?'

'Orang la.'

'Iya la, orang tu ramai. Siapa?'

'Ermm. Selalu orang akan cakap, orang kata. Tapi siapa orang yang kata tu, tak tahu la.'

'Macam ni la, kalau orang nak kata, biarkan mereka kata. Mereka boleh kata apa saja. Awak boleh dengar apa yang mereka nak kata. Mereka ada pendapat mereka. Yang mana baik, awak ambil la. Yang mana sekadar untuk memberi pandangan sinis dan menyakitkan hati, awak abaikan.'

'Tapi apa yang orang kata dengan pandangan sinis itu buat aku sakit, tahu! Tak kena, memang la tak rasa.'

'Awak, awak dah lupa ka macam mana awak didik aku untuk berdepan dengan orang yang macam ni? Awak selalu cakap pada aku, bila ada orang sakiti awak, biarkan. Jangan membalas. Tapi bukan bermaksud awak membiarkan diri untuk ditindas.'

'Betul....'

'Sekarang apa sebenarnya yang awak nak tanya pada aku?'

'Sebenarnya, aku selalu rasa ragu-ragu apa yang aku buat. Aku tak yakin dengan diri sendiri. Aku rasa ini bukan apa yang aku nak. Aku rasa aku tahu apa yang aku buat tapi aku macam tak pernah tahu apa yang aku nak.'

'Aku rasa awak sedang konfius dengan diri sendiri. Awak nak tahu apa yang aku rasa? Aku rasa awak sebenarnya tahu apa yang awak buat dan apa juga yang awak nak. Cuma, awak tak yakin dengan diri sendiri. Itu yang buat awak selalu ragu-ragu dengan diri sendiri. Aku tahu semangat awak kuat.'

'Ya,mungkin. Tapi sebenarnya aku rasa keyakinan dah datang pada aku. Aku dah rasa apa yang aku buat sekarang adalah betul. Aku dah tahu apa yang aku nak. Cuma aku perlu berusaha lagi untuk apa yang aku tengah buat sekarang.'

'Ya, selayaknya begitulah. Apa pun, awak kena ingat, apa yang berlaku dalam hidup awak sekarang, Allah dah tetapkan. Allah dan tentukan. Kadang-kadang awak rasa apa yang jadi ini salah, tapi sebenarnya semua yang terjadi dalam hidup awak ada hikmahnya. Allah adalah sebaik-baik perancang. Ini takdir awak!'.


Wallahu'alam.


Sumber pic:Google

Sunday, February 24, 2013

Sabarlah Hati

Siapa cakap orang yang bersabar rugi? Orang yang selalu sabar memang tak pernah rugi.

'Tapi aku manusia yang tak sempurna. Punya nafsu amarah.'

Ya, faham, kita manusia memang ada nafsu dan gejolak masing-masing. Namun, kita semua sememangnya telah dan pernah dididik untuk menjadi seorang yang penyabar,bukan? Di rumah ibu bapa ajar, di sekolah pun cikgu ajar. Bila berkawan juga, kawan-kawan ajar kita macam mana untuk bersabar. Kawan-kawan ajar kita untuk jadi penyabar dengan sikap kawan-kawan itu sendiri.

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup sabar. Kadang-kadang kita rasa sabar kita sudah sampai tahap batasannya. Jadi, bila ada sesuatu yang dah mencabar kesabaran kita (itu kita yang rasa la) muncul, kita rasa kita sudah tak boleh bersabar lagi. Amarah terus melanda diri. Tanpa hiraukan orang perasaan orang lain. Janji kita puas. Janji kita dapat tunjuk dan bagitahu semua orang yang kesabaran kita juga ada batasnya. Janji kita dapat lepaskan rasa itu.

Kita cuma tahu marah kita, kita cuma tahu sabar kita ada tahapnya. Pernah tak kita fikir marah orang lain. Pernah tak kita fikir tahap sabar orang lain. Cuba kita ingat balik dan renung balik, macam mana bersabarnya Allah S.W.T dengan kita selama ini? Kita ni hambaNya, mesti kena taat dan patuh pada Dia. Tapi bila kita leka, bila kita alpa, boleh bayangkan  tak macam mana Dia bersabar dengan kita. Tetap bagi peluang dan ruang pada kita.

'Pandai nasihat orang nampak. Tak kena batang hidung sendiri memang la boleh cakap apa saja.'

Ini nasihat kepada diri sendiri juga. Peringatan untuk diri sendiri juga dalam usaha menjadi hambaNya yang terbaik. Sabar itu kan separuh daripada Iman. ;)

Wallahu'alam.

Sumber pic:Facebook



Tuesday, February 19, 2013

Ujian Hidup

Hidup sememangnya penuh bicara
Sehebat mana pun kita berkata-kata
'Hidup ini aku yang punya'
Namun jangan kita lupa dan leka
Yang mengaturnya adalah Allah S.W.T

Terkadang kita sombong sementara
Berkata hidup ini juga penuh dusta
Cuba tunjukkan mana dusta seperti yang dikata
Lupakah kita dugaan itu sentiasa ada

Allah hanya menguji hambaNya
Kuatkah kita jika
Ujian dikata dusta tatkala ia menimpa
Tabahkah kita jika
Tak mampu jua mengharungi segalanya dengan redha
Kalam Allah sudah ada
Rujuklah Ia andai ragu-ragu bersarang dan bertakhta
Kerana setiap jawapan tercatat di dalamnya.

Wallahu'alam.

Sumber pic:Google


Sunday, February 17, 2013

Tak Seperti Selalu

Hari ini rasa lain. Malam ini rasa lain jugak. Tapi tak tau macam mana boleh rasa lain dan apa benda yang rasa lain tu. Kalau boleh tak mau rasa yang macam ni. Sebab rasa yang macam ni buat aku jadi takut. Sebab rasa yang macam ni jugak buat aku kabut.

Hati, sabarlah hati. Jiwa, kuatlah jiwa. Temankan aku ini. Bersamalah aku ini.

'Aku tau awak kuat. Aku tau awak mampu. Aku tau awak tabah.'

'Tapi aku manusia. Sekuat mana pun aku, setabah mana pun aku, aku tetap manusia yang kerap kali goyah dengan rasa hati dan jiwa sendiri yang kadang-kadang dirasuki.'

'Awak jangan macam ni. Awak lupa siapa selalu dengan awak? Yang setiap masa sudi dengar, sudi layan awak? Awak lupa?'

'Siapa?'

'Aku rasa awak terlalu ikut kata hati awak. Kata hati memang perlu tapi kadang-kadang kata hati juga boleh bawa mati.'

'Memang, sebab aku dah cakap aku manusia yang kerap kali goyah. Aku terasa nak menangis tapi aku tak kuat untuk menangis sendiri. Hati rasa bercelaru.'

'Awak bukan berseorangan. Awak ada Allah. Awak menangislah pada Dia. Awak mengadulah segala-galanya pada Dia. In-sha-Allah, dia tak akan menghampakan awak. Awak dah didik aku untuk ingat Dia, awak dah semai nama Dia pada aku. Jangan sebab hari ini, malam ini, awak terus buat macam Dia tak wujud.'

Astaghfirullahal'adzim..Bila hati celaru dan jiwa rasa kacau, diri menjadi lupa, melayan rasa hati yang alpa. Sesungguhnya aku kini sedang berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

Sedangkan kalimah Allah telah terlebih dulu menyatakan, sesungguhnya..

"...Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
(Surah Al-Hadid: Ayat 4)
Sumber pic:Google

Saturday, February 16, 2013

Bisikan Itu

Hati berbisik lagi
Gerak nurani meminta agar tidak berhenti
Kadangkala menangis sendiri
Aduh,mengapa sukar untuk dikenalpasti

Hati berbisik lagi
Mampukah untuk ditukar ganti
Mampukah rasa yang ada dibiar tak bertepi
Atau sekadar untuk jadi teman meratapi

Kala hati berbicara sendiri
Akal dan minda menari mencari
Sampai kapan mampu menipu diri
Untuk sesuatu yang dia sendiri tak mampu kenali
Dan baru dia tersedari
Jauh lagi perjalanan perncarian ini.

Sumber pic:Google

                                                               




Friday, February 15, 2013

Mungkin Ketikanya

Detik kian melambai waktu
Sampai bila tiada seorang pun bisa tahu
Entah berdetik lagi tika itu
Tak mampu dinyatakan mahu pun oleh benak kalbu

Adakah kala debunga menjadi debu
Atau arang menjadi abu
Setiap itu jangan dibiarkan berlalu
Kerna kelak kecewa berdamping denganmu

Bila diri empunya ruang dan mampu
Dibiar jangan,dicuba itu perlu
Agar atau mungkin hati tidak terus menerus dipalu
Namun jika diterbitkan rasa ingin tahu
Doa dan usaha perlu diiring selalu
Moga tercapai kelak semua yang dimahu.

Sumber pic:Google

                                                                 

Rasa Hati

Kerap kali hati berbicara
Berkata dan meminta untuk ditinta
Namun rasa ini kata
Biarkan dan jangan dilayan walau dipinta

Kerap kali hati bernyanyi
Minta untuk dikenal pasti
Tentang sesuatu yang dia sendiri kurang kenali
Namun rasa terus merasuk agar bersembunyi

Kata hati kali ini
Rasa yang ada usah disangsi
Usah dibiar lagi dan dan perlu dipeduli
Kerna rasa dan hati
Pada bila-bila pun sememangnya tetap pasti.

Sumber pic:Google