Thursday, June 13, 2013

Best Man Ever!

Abah!
Bila sebut ja panggilan tu, terus rasa sebak. Terbayang wajah abah yang sangat jernih. Ya, wajah yang telah dimamah usia juga. Dulu rambut abah banyak, hensem. Kini, rambut abah semakin kurang, jugak hensem. Abah akan tetap hensem sampai bila-bila. :)

Aku sangat bangga ada abah macam abah. Of course, semua orang akan cakap macam tu kan. Aku kagum dengan abah. Sampai sekarang, aku masih kagum yang abah boleh buat semua benda. Semua benda tu maksudnya aku kagum bila abah boleh tukar sendiri lampu bilik yang dah terbakar, aku kagum lagi bila abah mampu panjat tangga dan pasang lampu raya bila nak raya, bertambah kagum bila abah boleh tukar paip kat rumah sendiri, rasa kagum semakin bertambah bila abah boleh tebuk lubang kat dinding untuk gantung frame gambar,aku kagum yang amat bila abah boleh bawa motor, kereta, bas, lori, van (kapal terbang tak boleh la, tapi bukan semua orang mampu bawa semua kenderaan ini kan?). Mungkin ayah/abah/papa/daddy/walid orang lain pun boleh buat, tapi aku tak pernah nampak kan. Aku hanya pernah nampak abah aku ja yang buat semua ni. Jaadi, aku kagum dengan abah aku sorang ja la. Hehe.

Semua orang dalam rumah ni perlukan abah. Sikit-sikit, tanya abah. Sikit-sikit, panggil abah. Sikit-sikit, cari abah. Mama pun kami cari dan panggil tapi mama pun cari abah jugak. :)

Paling aku kagum yang mana tahap kekaguman ini adalah yang teramat kagum ialah kesabaran abah. Abah sangat-sangat sabar (yang mana sikap abah ini diwarisi oleh aku, hehe, tapi tak mampu aku nak melawan tahap kesabaran abah). Sungguh! Aku sendiri hairan macam mana abah mampu sesabar itu. Bukan abah tak pernah naik suara, pernah tapi paling kurang kalau abah marah sangat, abah diam, abah takkan cakap. Percayalah, bila orang marah kita tapi diam dan tak nak cakap dengan kita, lagi terseksa dari orang yang marah kita sambil maki hamun kita. Tapi, itulah abah. Walau macam mana susah pun abah, abah takkan pernah mengeluh dan cerita pada kami. Aku hanya tau abah betul-betul perlukan pertolongan atau pendapat aku bila abah bagi 'hint' saja. Abah takkan cakap secara direct (ini juga aku warisi dari abah tapi 'partially inherit' ja, hehe).

Aku pernah kena marah dengan abah. Ini biasa sebab aku anak sulung. ;) Aku juga pernah buat abah terasa hati (sumpah, aku takkan pernah buat lagi benda ni dan seumur hidup aku menyesal sebab pernah lakukan ini kat abah). Ampunkan kak, abah! Sampai sekarang aku dah berjanji pada diri sendiri jangan sekali-kali pernah nak lukakan hati abah lagi. Sebab bila abah terasa hati, mimik muka abah akan lain. Abah memang takkan pernah luahkan. Takkan pernah! Tapi mimik muka abah tu, mimik muka abah yang terluka sangat mendera perasaan anak abah ini. Untuk buat akus menangis, abah tak perlu marah, cukup abah bersuara saja, abah dah mampu mengalirkan air mata aku. Sungguh! Kalau mama berleter panjang maccam keretapi, kami adik beradik macam tak terkesan. Hehe, sory ma! Tapi bila abah tegur sikit saja, aku dah mampu untuk menangis walaupun kadang-kadang kata-kata abah tak sekeras mana pun. Mungkin sebab abah jarang marah, jadi bila abah bersuara saja, terus macam kena panah petir. ;)

Pengorbanan abah sangat besar. Sangat banyak jasa abah. Terlagi aku kagum bila abah mampu membesarkan anak-anak abah yang seramai 5 orang ni dengan hanya gaji abah sebagai pemandu. Serius, ini aku sangat kagum. Tak pernah kami adik beradik tak dapat makan. Tak pernah abah suruh kami makan nasi dengan garam sebab abah tak ada duit. Bila anak-anak minta duit, tak pernah abah cakap abah tak ada duit. Mesti abah akan hulur juga walau tak sebanyak mana. Aku tau, abah tak mahu kecewakan anak-anak. Dengan gaji abah yang tak sebesar mana, kami mampu tinggal kat rumah yang selesa untuk kami 7 beranak. Abah juga mampu sediakan mama kereta sedangkan abah naik motor saja pi kerja (yang ni sebab abah tak suka jem).

Paling aku ingat pujian abah bila aku pertama kali pakai baju kurung sebagai seragam sekolah, sewaktu sekolah rendah, waktu darjah 4. Bila baju dah siap, aku cuba depan abah, abah cakap,"Cantiknya anak abah pakai baju kurung". :) Sekarang, bila aku balik dari kerja lambat dan bila saja aku jejak kaki ke dalam rumah, abah akan cakap, "Tudia, lawyer balik dah, lawyer balik dah". Aku tau abah saja nak mengusik, tapi dalam pada tu, aku juga tau abah rasa bangga bila dapat sebut yang anak dia ni lawyer! :) Aku hanya senyum tapi bila masuk dalam bilik, aku sengih. Sengih sebab aku dapat buat abah bangga. Tapi, belum cukup hanya setakat jadi lawyer dapat bayar jasa abah, abah! Jasa abah sangat  besar dan sangat banyak untuk kak balas. Dan mungkin takkan terbalas sehingga akhir hayat kak. Kalau abah nak tau, bila abah senyum, anak abah ni sangat gembira sebab dapat buat abah senyum. :)

Dan paling aku tau, abah sangat sayang dengan anak kembar abah yang dua orang tu. Mungkin sebab dulu abah mengharapkan anak lelaki setelah dapat 3 anak perempuan. Akhirnya, rezeki abah dan mama dapat juga anak lelaki, kembar pula tu. Abah gembira tapi aku kurang gembira. Sebab? Sebab aku tak dapat main dengan kawan-kawan bila waktu petang sebab kena jaga adik kembar tu. Hehe. Bayangkan kalau aku nak pi main juga, boleh, tapi syarat mama ialah kena bawak kembar sekali. Kalau boleh pi main tapi sambil jaga adik, sangat tak enjoy time tu. Aku hanya berumur 12 tahun masa tu. Jadinya, aku sangat suka bila abah tak kena keluar outstation sebab abah akan bawa kembar ronda naik motor petang-petang dan aku boleh pi main. Hehe. Sampai sekarang, abah tak pernah pukul kembar. Kalau abah marah pun, dan kononnya macam nak pukul bila depa nakal, tu hanyalah acah saja. Aku rasa abah memang tak sampai hati. Padahal aku sendiri pun (anak sulung perempuan abah) pernah kena piat telinga dengan abah. Tapi, anak lelaki, tak pernah kena apa-apa? Ini tidak adil! Hehe.

Apapun, abah, you are my best man ever! Takkan ada siapa-siapa boleh 'celen' abah. Kak takkan pernah mengharap orang lain untuk jadi abah kak, selain abah! :) Selamat Hari Bapa, Abahku!


Ini abah hensem saya! Hehe