Wednesday, February 20, 2019

Boleh Faham Tak?

Tak perlu dipertikai kasih kami
Mungkin
Ia tidak kelihatan dipandangan mata kau
Namun
Hati kami berkeliaran di sekeliling dunia

Tidak perlu dipisah kasih kami
Mungkin
Kau rasa ia tidak sekuat mana
Namun
Hati kami, kami saja yang rasa

Tidak perlu dicari di mana kasih kami
Mungkin
Tidak ternampak bagai semua orang bicara
Namun
Hanya kami tahu sembunyi ia

Pinjam sikit rasa kasihan itu
Biarkan kami dengan kasih kami
Berpuluh juta orang juga takkan faham
Hati kami, kasih kami.

Sumber pic: Google Image



Monday, February 11, 2019

Luka

Kau takkan pernah mengerti
Kerana
Kau tidak pernah merasai
Kau tidak pernah menghadapi
Seribu cerita derita hati
Kaulah yang mencipta ini
Mengapa harus kau datang lagi
Pergi!
Jauh terus!
Dan tak usah kau kembali.

Dari,
Aku yang meratapi.



Sumber pic: Google Image

Monday, February 4, 2019

Kisah Cinta Kami

Lirikan mata
Senyuman mesra
Gurauan senda
Kenangan terindah aku

Nada suara
Pujuk rayu
Kewujudan kamu
Buat aku mamai selalu

Indahnya cerita kita pada suatu waktu dahulu.

Kamu tetap dalam kerinduan aku!