Thursday, April 4, 2013

Biar Betul?

Orang buat apa yang mereka rasa betul. Tapi kita rasa apa yang orang tu buat tak betul. Tapi, betulkah apa yang mereka buat tu betul?

Mereka rasa betul sebab bagi mereka apa yang mereka buat dah dapat selesaikan semua masalah. Mereka rasa mereka sedang cuba memperbetulkan apa yang tidak betul. Bila semua dah betul (itu apa yang mereka rasa), mereka lega. Mereka rasa merdeka.

Tapi bagi kita, apa yang mereka dah buat untuk memperbetulkan masalah mereka itu, sebenarnya telah menjadi masalah kepada kita. Kita rasa mereka telah buang masalah itu pada kita. Kenapa mereka tega begitu? Mereka itu rasa mereka telah betul. Tapi, kita tetap rasa tidak betul.

Lumrah manusia. Apay orang lain buat, kadang-kadang walaupun betul, kita tetap akan nampak benda itu salah. Kita hanya nampak apa yang kita buat saja betul. Walaupun kadang-kadang kita tahu apa yang kita buat itu salah. Tetap saja mahu nampak kita betul. Egokah kita untuk mengaku kita juga pernah buat salah?

'Aku tak pernah ego untuk mengaku aku pernah salah, sekalipun aku akui ianya di dalam hati.'

Mengakui di dalam hati, tidak egokah namanya tu? Ego tetap ego. Walau dicampak dibuang ke mana sekalipun. Tidak ego bila berani mengakui kesalahan secara berdepan. Tapi tidak bermaksud kita kalah. Malah lebih bijak orang yang berani mengakui kesalahannya.

'Mengakui kesalahan sendiri di depan orang? Tidak memperbodohkan diri sendirikah  itu?'

Kenapa mesti rasa begitu? Mengakui kesalahan sendiri di depan orang bukan bermaksud kita bertindak memperbodohkan diri, tapi bermaksud kita sedia belajar dari kesalahan sendiri. Kita mampu berdepan teguran orang. Tak perlu untuk menyinga bila ditegur. Belajar terima hakikat.

Dan, tak salah juga untuk berani memuji benda betul yang orang lakukan. Kadang-kadang kita ego juga hendak memuji. Tak salah dan tak luak apa pun kalau kita berani memuji. Mungkin kita tiada kekuatan untuk menegur kesalahan orang, tapi kita memang mampu memuji kebaikan orang. Suka pada pujian. Itulah manusia. Bersangka baik saja supaya pujian itu mampu menaikkan semangat orang dan supaya dia teruskan perbuatan baik dia itu.

Namun, jika tidak puas hati, dan jika berani, luahkan dan tegurlah. Namun bukan dengan kekerasan. Tegurlah dengan pujukan. Buat apa dipendam. Jika mampu hapuskan, bagus. Namun jika tidak, berdoalah agar hati tidak dirasuk dendam.

Wallahu'alam.

Sumber pic:Google

Monday, April 1, 2013

Dari Dia

Bila mana lidah kelu
Tak mampu berkata-kata
Hanya suara hati yang berbisik
Mengatakan betapa dia cinta

Sampai bila rasa ini harus disembunyikan saja
Takut tidak akan terus bermaharajalela selamanya
Namun berfikir akan kehilangan
Membuatkan dia rela menyimpan segalanya

Jelas terlihat
Seakan kau faham jua akan perasaannya
Seakan kau jua mengerti akan hatinya
Ada ketika seakan kau mahu dia
Ada ketika seakan kau lupa dia

Untuk kau,
Yakinlah dengan kata hati sendiri
Dengarlah apa rasa hatimu
Fahamilah dan mengertilah kehendakmu
Putuskan apa yang terbaik untuk dirimu
Dan juga untuk dia yang menantikanmu.

Dari,
Dia..


Sumber pic:Google