Thursday, January 3, 2019

Tipu

Kau pernah kenal aku
Namun
Kau tak tahu sesuatu
Aku pernah merindu
Rindu yang akhirnya terdampar sendu

Kau pernah kenal kita
Namun
Kita tidak menjadi kita
Bila kau yang membuang kita

Kau
Sebenarnya tidak kenal kau
Kerana dia
Kau hadirkan sebelum aku
Dan aku
Kau wujudkan selepas dia

Pendusta gamaknya kau!


Happy new yearrrr 2019!!! Finally..finally..haha..sebenarnya rasa itu masih wujud cuma aku tak sempat nak coretkan begini.. Segalanya masih menjadi kerinduan :)