Tuesday, December 31, 2013

Kehidupan

Kadang kata didusta
Kadang tegar memaksa
Untuk memilik apa saja
Sanggup pelaku sedemikian rupa

Alangkan ini dunia
Semua orang tahu meneka
Namun tak siapa mampu menduga
Apa agaknya yang tersirat  di balik lensa

Cuba temui apa di sebaliknya
Kerana apa yang berlaku tetap berlaku jua
Cuma beringat yang hidup tidak selalunya sempurna
Berwaspada dan bersedia itu yang sebaiknya.


Mood: Banyak ceritera berlaku di 2013. Terima kasih kepada semua yang memberi pengajaran dan pengalaman di 2013. Sampai trauma juga antaranya :p Semoga 2014 muncul dengan dipenuhi bahagia dan kebaikan. Amin~


Sumber Pic: Google Image


Sunday, December 29, 2013

Untuk Kau, Kot

Boleh tak terus terang?
Cuba kau buka ruang
Agaknya hati kau tak terang
Takkan benda macam itu pun aku kena karang

Boleh tak lebih jelas?
Cuba bagi masa untuk kau galas
Agaknya kau ni malas
Tak fahamkah aku sudah penat kipas

Kau memang macam ini
Kadang-kadang aku fikir kau buta
Kadang-kadang aku fikir kau tak bijak
Maafkan aku sebab fikir kau yang bukan-bukan
Tapi, memang padan pun la kan.


Mood: Dah setahun rupanya! Haa cuba teka apa dia? Hehe.



Sumber pic: Google Image

Saturday, December 28, 2013

Tamat Kisah Kita

Aku
Adakala kelu
Adakala bisu
Adakala beku
Namun aku tahu

Kau
Adakala bagai mengerti
Adakala bagai memahami
Adakala bagai mengetahui
Namun kau menyakiti

Aku tahu kau tak tahu
Sebab apa aku kata begitu?
Kerana aku keliru
Sebab kau macam menunjukkan jemu

Kau tahu?
Aku penat dilayan begitu
Macam tak pernah menghargai aku
Ingat aku babu?

Kau tahu?
Aku rasa sudahlah begitu
Kau bukannya pernah kisah aku
Kau, aku, baik bawa cara sendiri dulu.

Mood: Aku hanya memilih yang terbaik. Terlampau memilihkah aku? Kadang-kadang sangsi pada perasaan sendiri. Betulkah ini?
*oh apa yang aku tulis ini secara tak langsung keluar dari kotak fikiran.tak semua aku tulis adalah apa yang aku alami* ;)

Sumber pic:Google Image



Thursday, December 26, 2013

Gangguan

 Allahuakhbar! Sebenarnya, aku banyak kali dah diperingatkan oleh kawan aku tentang gangguan-gangguan yang boleh berlaku dekat diri kami. Biasalah kan, bila dah dok berdua, ada macam-macam cerita la yang keluar. Antaranya, kami yang masih single padahal umur dah makin meningkat. Benar, jodoh, ajal, maut semuanya ketentuan Allah S.W.T. Tapi kita sebagai hambaNya kena juga berusaha. Tak boleh berharap ia datang begitu saja. Cerita punya cerita, kawan aku 'recommend' dengar ayat-ayat Ruqyah, sebagai usaha untuk mengelak daripada gangguan-gangguan yang tidak kita ketahui. Sungguh, aku seringkali alpa sebab berpendapat yang mungkin apa yang terjadi ni adalah ketentuannya.

Tapi, kadangkala aku bermimpi sesuatu yang aku rasa aneh, aku akan cerita pada kawan aku ni, dan dia berpendapat aku patut ikhtiar cara macam ni. Again, hati aku macam berat. Tapi hari ni, aku terjumpa blog seorang ilmuwan yang menceritakan tentang gangguan-gangguan sedemikian yang mana tanda-tanda adalah seperti berikut:

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:

- fikiran selalu runsing
- sakit-sakit di belakang bahagian bawah
- badan lesu, selalu letih
- sakit perut selalu
- sakit kulit
- rasa ada seseorang tidur di sebelah
- terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
- suka menyendiri, pendiam
- selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
- selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
- orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
- orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
- selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
- selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
- imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
- bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
- selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / - kena bunuh / mimpi kawen
- selalu kena period pain
- ada migrain yg kronik
- sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
- halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
- selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

Ustaz, ana 'share' sikit ilmu dari blog anta kat sini ye. Mohon dihalalkan.
*kredit ilmu-ilmu ini kepada blog Ilmuwan Shattirs 

Bukan semua tanda-tanda ni terjadi kat diri aku, cuma ada satu tanda ni yang sangat 'obvious' jadi pada diri aku yang mana aku sendiri ragu-ragu pasai apa benda ni jadi (sebelum aku dapat ilmu tanda-tanda dari blog ustaz). Antara cara mengatasi yang disyorkan adalah dengan mendengarkan ayat-ayat Ruqyah. In-sha-Allah aku akan cuba amalkan.

Wallahu'alam.


Sedarlah!

Bila bicara tentang dia
Selalu kau tersenyum bermakna
Tertawa pabila ada yang bertanya
Kau tahu apa maksudnya?

Bila cerita tentang dia
Selalu kau ingin luah semuanya
Terasa bagai bahagianya berdua
Kau tahu apa maksudnya?

Maksudnya kau suka bila menyebut dia
Maknanya kau senang bila bercerita tentang dia
Tapi kau lupa pada satu benda
Dia sudah ada yang punya.


Mood: Tak faham dengan orang yang asyik mendengki dengan orang lain. Banyak sungguh idea & cara nak buat orang terseksa. Tolonglah! Nak berjaya, kalau dengan cara yang salah, tak kan ke mana. Bila tengok orang berjaya, patut jadikan semangat, bukan fikir macam mana nak jatuhkan orang tu! Orang macam ni hati dia sakit sebenarnya.


Sumber pic: Google Image


Tuesday, December 24, 2013

Indah yang Sebenarnya

Benarkah bagai dikata
Cinta tak selalunya buta
Cinta tak selalunya sengsara
Cinta tak selalunya merana

Kalau benar bagai dikata
Mengapa ramai yang jadi tak tentu hala
Mengapa ramai yang jadi alpa
Mengapa ramai yang jadi terseksa

Sebenarnya benar bagai dikata
Kala cinta membara dan membunga
Segalanya tampak sempurna
Sehingga tertutup mata menjadi buta

Sebenarnya benar bagai dikata
Kala cinta bermaharajalela
Segalanya tampak bahagia
Sehingga apa yang dikata bagai direla

Sebenarnya benar bagai dikata
Kala cinta merah dan menyala
Segalanya tampak indah dan nyata
Sehingga kau akhirnya menjadi dilema

Sudah dikata cinta sahaja tidak kemana
Bila sengketa haruslah ada budi bicara
Jangan biarkan nafsu terus menguasa
Suburkanlah dengan iman, cinta pasti bertakhta.


Mood: Hari ini bekerja dalam 'kesedihan' sebab selsema! Huwaaa~ Terima kasih Allah sebab hari ni terasa lapang hati walaupun keputusan kes yang diharapkan tidak membantu dan sedikit sakit membuatkan aku rasa dosa-dosa kecil sedang diampuni. :)


Sumber pic:Google Image

Monday, December 23, 2013

Walau Apa Kau Rasa

Bila kau lihat dia
Kau rasa dia punya segalanya
Kau rasa dialah yang semampunya
Kau rasa dialah yang kau ada

Bila kau lihat dia
Kau rasa dunia ini kau yang punya
Kau rasa akan dengan dia sampai bila-bila
Kau rasa bagai berterbanganlah sebebasnya

Bila kau lihat dia dan rasa seindahnya
Kau patut fikir diakah yang selayaknya
Kau patut ingat di dunia ini bukan kau dan dia saja
Kau patut sedar jika tiada jodoh kau tak boleh buat apa-apa
Kau patut faham walau usaha sekuat mana, redhalah andai itu tercatat sebagai takdirnya.



Mood: Sakit tekak!! Bersin!! Hari ni pergi court dengan sapu tangan melekap sentiasa. Haha. Oh ya, sambungan cerita semalam, hari ini lebih tenang dan rasa hampir semakin bebas dari dibelenggu perasaan itu. Cewahhh~ 


Sumber pic: Google Image




Sunday, December 22, 2013

Sudah Cuba

Maksud kau
Aku harus jauh?
Tak perlu bertanya lagi?
Terus hilang dari kau?

Maksud kau
Aku perlu pergi?
Tak perlu tunggu lagi?
Terus lenyap dari mimpi?

Maksud kau
Aku harus berhenti?
Tak perlu kejar lagi?
Terus diam dan  bergari?

Sekarang
Aku faham maksud kau itu
Jangan risau
Aku akan jauh
Aku akan pergi
Aku akan berhenti.


Mood: Kadang-kadang rasa putus asa itu datang. Aku tahu aku tak patut. Tapi, sungguh aku lemah. Kini, aku hanya berserah dan pasrah.

Thursday, December 19, 2013

Ada Kau dan Aku

Ada kita pada waktu itu
Rasanya kita berdua tahu
Berkongsi apa jua selalu
Kau aku jadi satu

Ada kita pada ketika itu
Cerita hanya kau dan aku
Kita berdua gembira berlagu
Faham walau diam membisu

Ada kita pada masa itu
Kita sama mencari kalbu
Lalu terbawa perkara yang dulu
Kau dan aku menatap terkelu

Kau dan aku pada saat itu
Akrab bagai isi dan kuku
Kisahnya kita tak siapa tahu
Sehingga kini hanya kita berdua yang mampu


Mood: Kau mengajar aku segalanya, aku kira. Tak pernah menyesal mengenali kau. Kerana kau juga, aku masih bisa menjadi sendiri sekarang. Terima kasih kau! Itu sebab aku sayang kau sampai bila-bila ;)
*ini bukan ayat sinis aku, ini kata-kata lahir dari hati aku*


Next after tulip is dandelion. Kau buat aku melayang bagai dandelion terbang ;) 

Wednesday, December 18, 2013

Hanya PadaMu

Aku tak mampu
Sungguh, aku tak upaya
Aku tak tahu
Sungguh, aku tak bisa

Sesungguhnya aku butuh petunjuk dariMu
Sesungguhnya aku pingin pertolongan dariMu
Sesungguhnya hanya Engkau yang mampu
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu

Bertabahlah hati
Bertenanglah jiwa
Bersabarlah minda
Berdamailah raga


Mood: Hari ini rasa macam sempurna :) Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala!


I don't need roses, just shower me with bunch of these, that was enough. ;)
Sumber pic: Google Image

Tuesday, December 17, 2013

Kau Patut Jangan

Saat dia berkata janji
Kau patut jangan simpan dalam hati

Saat dia berkata sayang
Kau patut jangan terbayang-bayang

Saat dia berkata cinta
Kau patut jangan menjadi buta

Saat dia berkata mampu
Kau patut jangan tertipu

Saat dia mengucapkan segalanya
Kau patut jangan diam dan bertanya

Bukan cuba untuk menghukum dia
Namun lebih untuk kepada kau berwaspada
Kata janji manis manusia memang sentiasa sedia
Cuma buka minda agar kau tak sengsara


Mood: Penat berkali ganda sebab hari ini aku 'conduct' bicara sampai separuh hari. Cumanya, sukarnya mengaku dia teman biasa, mengapalah aku lemah tapi, harus aku terima itu hakikatnya! (olahan lirik lagu Bahagiamu Deritaku ni,hehe)

Sunday, December 15, 2013

Cuba Tanya

Kau rasa?
Kau tahu apa dia rasa?
Kau sangka?
Kau tahu apa dia sangka?

Kau tak tahu sebenarnya
Kau tak mengerti sepatutnya
Kau fikir saja sebenarnya
Kau agak saja sepatutnya

Kau tak akan pernah pada bila-bila pun faham dia
Kau tak akan pernah pada bila-bila pun mengerti dia
Kerana kau tak merasai apa yang dia rasa
Kerana kau tak menyangka apa yang dia sangka
Kerana kau tak berfikir seperti apa yang difikirnya
Kerana kau tak mengagak seperti apa yang diagaknya


Mood: Kadang-kadang kata hati tak selalu menjadi. Kadang-kadang aku percaya dengan kata hati, tapi aku takut kecewa sendiri. Kadang-kadang bila kata hati ditepati, tapi ada yang mendokong dan menyokong, aku tak akan kecewa sendiri. Terima kasih pada bos aku yang selalu menenangkan dan menyebelahi aku (hehe) bila berdepan dengan client yang entah apa-apa melalut mencari. Terima kasih sifu!

Saturday, December 14, 2013

Kuatkah?

Duhai hati
Sabarlah menghadapi
Duhai jiwa
Tenanglah menangani

Hati dan jiwa
Saat resah menusuk dada
Sabarlah dan tenanglah kira
Kerna kalian mampu diduga

Setiap manusia punya cerita ku kira
Cuma bagaimana setiap manusia itu melalui jalan ceritanya
Meski kita nampak dia senang menghadapi, namun di sebalik itu tak siapa pasti
Yang nyata tetap nyata
Bertanyalah pada hati dan jiwa


Mood: Ingatkan dah faham bahasa, rupanya tak faham-faham jua. Tolonglah, aku tak suka, aku tak hendak. Jangan muncul lagi dalam hidup aku. Kau buat aku rasa bersalah sebab berdiam. Faham?



Thursday, December 12, 2013

Terima Kasih Janji

Janji itu
Sampai bila kata perlu terus bermadu
Kalau akhirnya pahit umpama hempedu
Kenapa terus biarkan janji itu

Janji itu
Sampai bila harus perlu menunggu
Kalau asyik dikenang akan terus rindu
Kenapa perlu terus tertipu

Janji itu
Janji yang kau janji dulu
Jangan terus dan terus menipu
Jika kau sendiri tahu yang kau tak mampu


Mood: Terima kasih sebab tolong terjemahkan hati aku walau kau sendiri tak faham aku sedalam-dalamnya. Aku hargai, namun tolonglah jangan salah kenal aku!
*hari ni entry sampai dua kali sebab hati suruh tulis ini ;)

Jawab Aku

Mungkin dia jujur
Mungkin dia tidak jelik
Namun pastikah kau itu yang dia ada?

Mungkin kau suka
Mungkin kau tidak cinta
Namun pastikah kau itu yang kau rasa?

Mungkin itu hanya apa dia ada
Mungkin itu hanya apa kau rasa
Namun pastikah kau dan dia itu semua sempurna?


Mood: Arghhhh, rasa bersalah bila melarikan diri macam ni. Tapi, aku tak boleh bagi orang mengharap dan menanti. Nak menolak, kesian dan simpati. Cuma yang hanya mampu, harap difahami sendiri. Bila aku nampak benda itu tak pasti, mana mungkin aku paksa diri untuk terus menghadapi. Kacau!

Wednesday, December 11, 2013

Dibayang Bayang-Bayang

Entah sampai bila rasa ini harus begini
Entahkan kapan jua ia akan terhenti
Namun dalam setiap detik yang dititi
Ada harapan agar ia berlalu pergi

Pergilah...
Jauhlah...
Hilanglah...

Jangan ia dijelma kembali
Takut mengganggu dan terus mencari
Jangan ia muncul menghampiri
Takut mengharap dan terus menanti


Mood: Tadi baru dapat 'call' dari seorang yang tidak dikenali dan bercerita pasal masalah bekas suami dia kepada aku selama setengah jam. Tak faham dengan kerenah sesetangah manusia yang cuma pandai ambil kesempatan dan menggugut. Sebenarnya, orang itu adalah orang yang tidak yakin pada diri dia sendiri. Takut dengan bayang-bayang sendiri!


Sumber pic: Google Image


Tuesday, December 10, 2013

Sengaja

Mungkin benak rasa kecewa
Rasa seperti telah dilupa
Rasa seperti telah dialpa
Betulkah apa yang benak rasa?

Mungkin nurani rasa sedikit sengsara
Rasa seperti telah diduga
Rasa seperti telah dicoba
Betulkah apa yang nurani rasa?

Kadangkala kita sedikit tersasar merana
Benda yang tiada telah kita ada
Minda menari mencari salah segala
Terlupa bahawa hidup ini tidak sesempurna mana.


Mood: Aku mengantuk gila, mata pun dah tak larat nak buka, padahal ada Pernyataan Saksi yang nak kena buat ni. Seharian tunggu kes untuk bicara, tapi tak jalan jugak pun bicara sebab ada kes lain yang panjang berjela Hujahan Lisan peguamnya. Tangguh pula ke esoknya.


Sumber pic: Google Image


Monday, December 9, 2013

Persoalan Itu

Macam mana?
Takkan nak dibiarkan saja?
Perlukah beritahu segalanya?

Tapi mungkinkah akan diterima?
Bagaimana jika tidak mendapat apa seperti yang dipinta?
Relakah untuk menerima takdirnya?

Jelaslah manusia tetap manusia
Buat apa dipertikai kehendaknya
Tidak mungkin akan diperoleh segala dengan sempurna
Fahami dan yakinlah akan ketentuan dengan redha.

Wednesday, December 4, 2013

Galau Tak Berhenti

Aduh, tolonglah! Jangan sangka orang yang berdiam, kurang bercakap, mampu dipijak kepalanya.

Bila orang cuba untuk jadi yang terbaik, yang disenangi, yang bukan pemarah, haruslah dia dihargai, haruslah dia dihormati.

Bukan itu tiket untuk kau mampu menjadi belati!

*Bila ditanya, itu belum siap, ini tak buat lagi.*

Kalau macam tu, baik aku bekerja sendiri. Sudah tentu-tentu faham kepayahan diri mengharungi tanpa perlu sakit hati.

Mahu saja jadi kuku besi, namun kewarasan mengawal diri. Jangan jadi yang dibenci, namun jadilah yang disayangi.

Kala sendu sendiri kerana tak mampu menunjukkan rasa hati, percayalah bahawa ada yang lebih mengerti dan memahami.

Yakin akan Dia yang sering memerhati!

Tuesday, December 3, 2013

Mimpi Aku

Diserang rasa yang hebat.
Namun masih tak terubat.
Sampai bila rasa hati nak berdebat.
Jenoh mengajar pun masih belum dapat.

Entah sampai bila juga nak mencipta dan mereka impian sendiri.
Impian pun namanya, belum pasti juga lagi.
Kadang-kadang rasa ia pasti dan hampir menjadi.
Namun makin lama masa menganjak belum juga nyata berdiri.

Sudah-sudahlah menganyam yang tampak jauh diperoleh.
Buat sakit hati dan jantung sampai tak tertoleh.
Cubalah untuk menjejak realiti agar sedar dan mampu diboleh.

Monday, December 2, 2013

Degil

Sungguh masalah dengan kata hati sendiri. Tak tau nak difahami macam mana lagi. Degil! Lepas tu merana sendiri. Sampai bila nak fahami hati? Kalau setiap kali itu asyik ditepis berkali-kali.

Ingin jujur dengan hati sendiri. Ingin mencuba mengikut kata hati sendiri. Tapi bila dicuba, kabut bertandang lagi. Sampai bila hendak jadi begini? Kalau setiap kali itu asyik menangis sendiri.

Degil lagi!