Sunday, March 24, 2013

Berharap Saja?

Semua orang ada harapan. Semua orang ada impian. Harapan dan impian.

Ada orang, bila dia berharap, dia berusaha. Bila dia mengimpikan, dia bersungguh.

Tapi ada orang, hanya cuma mahu dan tunggu harapan dan impian dia tercapai secara magis. Kadang-kadang ia mungkin, namun terkadang dan selalunya ianya tidak pernah mungkin.

"Kalau tak dipecahkan ruyung,mana nak dapat sagu". Cliche kan?

Setakat berharap dan mengharap, takkan cukup.

Masa kecil, ibu bapa selalu cakap, "Kalau awak nak itu, awk kena tolong mama, boleh?"

Masa sekolah, cikgu pula cakap, "Kalau awak nak dapat keputusan yang baik, awak mestilah kena belajar."

Tapi ada pula yang terlebih pandai berbahasa, "Ala cikgu, Ahmad tu tak belajar sangat pun,tapi markah dia tinggi juga."

Adik-adik, nampak tak ayat tersebut, "tak belajar sangat pun". Maksudnya dia belajar juga. Mungkin sebab dia dikurniakan akal yang cerdas, belajar sikit pun dia dah boleh karang berjela-jela dalam kertas jawapan. Peratus untuk orang yang tak belajar langsung tapi berjaya sangatlah sedikit. Ya, mungkin ada. Tapi sedikitlah. Sedikit sangat-sangat.

"Tapi, saya pun karang berjela-jela juga jawapan saya. Markah tetap sikit, tak sama macam Ahmad."

Ya, awak karang panjang berjela-jela, tapi apa benda yang awak karang tu. Memang awak berusaha untuk menulis, tapi kalau semua benda yang awak tuliskan tu tak ada satu pun yang cikgu nampak untuk bagi markah, macam mana markah awak nak tinggi macam markah Ahmad.

Maksudnya di sini, banyak yang kita usaha, banyak juga yang kita dapat, TAPI kalau kes macam adik di atas tu, yang walaupun banyak "usaha" yang dia buat (katanya), tapi usaha tu tak berapa kena.

Semua orang boleh bercakap dia tengah usaha, tapi usaha yang macam mana? Usaha hanya sekadar melepaskan batuk di tangga (macam kes adik di atas) atau usaha yang bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang dia nak (macam Ahmad).

Selagi kita mampu, kita beusahalah. Kita berdirilah atas kaki kita sendiri. Kita jangan mengharapkan sangat orang lain. Ya, memang akan ada orang yang akan tolong kita, tapi sampai bila ada orang akan tolong kita?

Wallahu'alam.


Sumber pic:Google