Wednesday, April 24, 2019

Hidup

Penat masih bersisa
Keluh kesah tidak kedengaran
Lelah jiwa tidak kelihatan
Minda berlegar mencari jawapan
Timbullah cahaya
Hilangkan kegelapan
Pudarkanlah kesangsian
Bila tibanya, esok.



Sumber Pic: Google Image

Tuesday, April 16, 2019

Bahagia

Bau hujan itu
Mengundang rasa yang membuat jiwa merindu
Tersenyum tanpa sedar
Berbunga kembang perasaan
Mengingat akan kisah lalu
Mengimbau kenangan
Manis yang hanya mereka tahu

Bau hujan itu, misteri.


Sumber Pic: Google Image


Sunday, April 14, 2019

Terima Kasih Kenangan

Memang rasa itu ada
Di hati
Tak pernah terhilang
Setiap kenangan yang tercipta
Terkesan tanpa sengaja
Memori yang bersisa
Muncul di ruangan minda dan jiwa
Setiap masa dan ketika.

p/s: "we became memories that can't be erased,
        memories that I will recall time to time as I live, 
        you're too precious to live in the past,  
        I'll remember you like a film,
        that was fine, I loved you."


Sumber pic: Google Image

Tuesday, March 12, 2019

Sedar

Semalam
Kau muncul
Kau singgah
Kau buat aku senyum lagi

Semalam
Kau buat aku gembira
Kau buat aku bahagia
Kau ciptakan memori lagi

Semalam
Kau ciptakan pengharapan
Kau ciptakan kerinduan
Kau berikan aku rasa itu lagi

Semalam cuma semalam
Cerita mimpi aku
Kau datang dan kau menghilang

Kau memang sengaja 🎔😏

Sumber Pic: Google Image



Sunday, March 3, 2019

Sayu

Seketika
Rasa itu menusuk hiba
Terus sampai ke dasar hati
Terbayang
Suatu waktu dahulu
Kenangan kau dan aku
Merindukan
Kisah yang tak pernah akan terlupa
Di kala rasa itu hadir
Tiba-tiba kau muncul
Bukan jasad, hanya ingatan cuma.

P/s: Satu-satu lagu tu kadang-kadang bawa seribu makna dalam hidup kita! ;)

Wednesday, February 20, 2019

Boleh Faham Tak?

Tak perlu dipertikai kasih kami
Mungkin
Ia tidak kelihatan dipandangan mata kau
Namun
Hati kami berkeliaran di sekeliling dunia

Tidak perlu dipisah kasih kami
Mungkin
Kau rasa ia tidak sekuat mana
Namun
Hati kami, kami saja yang rasa

Tidak perlu dicari di mana kasih kami
Mungkin
Tidak ternampak bagai semua orang bicara
Namun
Hanya kami tahu sembunyi ia

Pinjam sikit rasa kasihan itu
Biarkan kami dengan kasih kami
Berpuluh juta orang juga takkan faham
Hati kami, kasih kami.

Sumber pic: Google Image



Monday, February 11, 2019

Luka

Kau takkan pernah mengerti
Kerana
Kau tidak pernah merasai
Kau tidak pernah menghadapi
Seribu cerita derita hati
Kaulah yang mencipta ini
Mengapa harus kau datang lagi
Pergi!
Jauh terus!
Dan tak usah kau kembali.

Dari,
Aku yang meratapi.



Sumber pic: Google Image

Monday, February 4, 2019

Kisah Cinta Kami

Lirikan mata
Senyuman mesra
Gurauan senda
Kenangan terindah aku

Nada suara
Pujuk rayu
Kewujudan kamu
Buat aku mamai selalu

Indahnya cerita kita pada suatu waktu dahulu.

Kamu tetap dalam kerinduan aku!

Thursday, January 3, 2019

Tipu

Kau pernah kenal aku
Namun
Kau tak tahu sesuatu
Aku pernah merindu
Rindu yang akhirnya terdampar sendu

Kau pernah kenal kita
Namun
Kita tidak menjadi kita
Bila kau yang membuang kita

Kau
Sebenarnya tidak kenal kau
Kerana dia
Kau hadirkan sebelum aku
Dan aku
Kau wujudkan selepas dia

Pendusta gamaknya kau!


Happy new yearrrr 2019!!! Finally..finally..haha..sebenarnya rasa itu masih wujud cuma aku tak sempat nak coretkan begini.. Segalanya masih menjadi kerinduan :)